01 June 2018
LAN SOLO BERSYUKUR ANAK SELAMAT DIBEDAH
"Buat masa ini, Quxandra sudah ditempatkan di wad biasa. Dia masih tidur dan perlu berehat. Alhamdulillah, doktor juga memaklumkan pembedahan itu berjaya.
"Doktor turut memberitahu, jika dia dapat menyusu dengan botol seperti biasa dan kesihatannya baik, esok (hari ini) kami boleh membawanya pulang.
"Terima kasih atas doa semua," kata penyanyi Lan Solo yang bersyukur apabila prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anak keempatnya, Nur Aman Quxandra berjalan lancar, pagi semalam.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata prosedur yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tidak berdepan sebarang masalah dan bayinya itu dijangka dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Klik untuk gambar besar
"Kami juga diminta datang semula ke hospital selepas seminggu bagi membuka jahitan, selain melakukan pemeriksaan terhadap kesan pembedahan," jelasnya.
Terdahulu, bekas vokalis Kristal ini memaklumkan, anak keempatnya yang baru mencecah usia tiga bulan itu memasuki bilik pembedahan di sebuah pusat perubatan, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan Quxandra pada 24 Februari lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment