01 June 2018

KENA TIPU PAKEJ UMRAH - ABAM RUGI PULUHAN RIBU RINGGIT


Pelawak dan pelakon Abam Bocey memberitahu bahawa dia sudah membuatkan bayaran penuh bagi dirinya dan dua keluarganya yang lain untuk menunaikan ibadah Umrah pada akhir tahun lalu.





Bagaimanapun, Abam mendedahkan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas ditipu sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah.

"Selepas membuat bayaran penuh, pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangan membuatkan saya berasa tidak sedap hati.

"Selepas itu, pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga sekarang. Sepatutnya saya dan ibu bertolak pada 5 Disember lalu, bagaimanapun impian kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah," katanya.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, Abam berkata, dia enggan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat terbabit sebaliknya reda dengan apa yang sudah berlaku.

"Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap berlaku ada hikmah disebaliknya.

"Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insya-Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: