02 June 2018

"SAYANG SAYA KERANA ALLAH, DIA PAKAI" - SHUIB ENGGAN PAKSA


"Sebagai seorang suami saya bersyukur dan seronok melihat isteri saya bertudung. Tetapi saya tak mahu ada paksaan, biarlah dia sendiri yang buat keputusan.





"Kalau dia sayang saya kerana Allah, then dia pakai," jelas pelawak Shuib yang mengakui gembira melihat perubahan isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang kini perlahan-lahan berhijab.

Kata Shuib, getus hati kecilnya pastinya mahu seorang isteri menutup aurat apabila di hadapan khalayak ramai namun keputusan itu terserah pada Sarah.

Bagaimanapun, Sarah mengakui dia selesa bertudung buat masa sekarang dan sukar untuk memberikan jawapan mengenai perubahan imejnya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau Shuib tanya pun saya tidak boleh memberikan jawapannya. Jika saya nak bertudung pun, saya akan pakai terus. Tak ada nak buat pengumuman.

"Buat masa sekarang, saya selesa bertudung dan meminta agar semua peminat mendoakan saya," katanya.

Pasangan suami isteri ini ditemui pada majlis berbuka puasa artis naungan Indigital Sdn Bhd dan LOL Entertainment bersama anak yatim di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Sarah dan Shuib baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah dan berkesempatan menyambut 10 hari pertama Ramadan di sana.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: