02 June 2018
DEMI ANAK-ANAK - FASHA AKHIRNYA BERDAMAI DENGAN NORA
Akhirnya... setelah sekian lama bersengketa mengenai pelbagai isu, pelakon Fasha Sandha, 34, mengambil keputusan untuk berdamai dan memohon maaf dengan Nora Danish, 36.
Jelas Fasha, keputusan itu dibuat demi hubungan anak-anak mereka yang yang bersaudara dan sangat rapat.
"Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. Justeru jalan terbaik ialah berdamai dan hidup dalam harmoni.
"Ia sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya. Hubungan anak-anak itu juga sangat rapat.
"Jadi, bila fikir balik, sampai bila kami nak bermusuh terlalu lama. Not good for kids to see mothers having problem. Saya rasa, perdamaian ialah jalan terbaik," kata Fasha.
Klik untuk gambar besar
Keutamaan untuk berdamai itu juga adalah atas dorongan hatinya yang memikirkan dua anaknya iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, serta anak sulung Nora, Putera Rayqal, 10, berkongsi kasih seorang bapa.
Selain Putera Rayqal, Nora turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan pada 22 Februari lalu hasil perkahwinannya dengan Nedim Nazri.
Didakwa mengguris perasaan Nora rentetan isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu, Fasha memberikan sebuah kenyataan berkaitan perkara tersebut.
Fasha mengakui, dia dan Nora ke Pejabat Mediasi di Mahkamah Shah Alam pada minggu lalu, namun memohon pengertian semua kerana tidak dapat mengulas panjang mengenai perkara itu.
"Saya mengakui yang benar saya dan Nora Danish ke pejabat mediasi di Mahkamah Shah Alam minggu lalu.
"Maaf saya tidak mahu memberi komen panjang mengenai isu itu sebaliknya apa yang boleh saya katakan di sini, InsyaAllah jika tiada aral melintang bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya akan memohon maaf kepada Nora Danish atas isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu yang didakwa mengguris perasaannya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dari kedua belah pihak kerana tidak jemu mendoakan agar kami berdamai.
"Saya tidak kisah memohon maaf, malah berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kami supaya berbaik semula. Syukur kerana Allah memperkenankan doa itu dengan bantuan peguam kami.
"Saya cuma berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk kami. Insya-Allah, saya akan mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara rasmi dalam masa terdekat," tuturnya.
Sebelum ini pelbagai spekulasi tersetus apabila Nora dan bekas suami, Jejai bercerai dan tidak lama selepas itu menikahi Fasha.
Pun begitu rumah tangga Fasha juga tidak bertahan lama. Sejak itu hubungan Fasha dan Nora agak tegang.
Bagaimanapun kemuncak perselisihan faham diantara mereka tercetus apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora.
Mengimbas kembali perkara lalu, sempena bulan Ramadhan, Fasha memohon maaf diatas kesilapan beliau memuat naik status yang mengguris hati Nora. Tempoh hari, Nora juga menyatakan untuk berdamai. Alhamdulillah!
www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment