10 May 2018
ENGGAN PISANG BERBUAH 2 KALI - ISSEY BERHATI-HATI MEMILIH
"Semestinya, saya mahukan perkahwinan selepas ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan hidup bahagia. Buat masa ini, diakui memang saya sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, hubungan kami masih di peringkat awal.
"Pun begitu, saya tidak menolak kemungkinan bahawa gadis tersebut adalah calon isteri saya andai jodoh milik kami," kata penyampai radio Hot FM, Issey Fazlisham, 31, berterus-terang.
Pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, Issey memberitahu kegagalan perkahwinannya yang lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar mahligai yang bakal dibina pada masa akan datang dapat bertahan lama.
Mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, Issey tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi andai belum benar-benar bersedia.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, bagaimanapun berpisah setelah beberapa bulan melayari bahtera.
Issey menambah, dia tidak meletakkan sebarang tempoh waktu untuk membawa hubungannya dengan gadis berkenaan ke fasa yang lebih serius.
"Doakan yang baik-baik. Insya-Allah, tunggu sahaja kad undangan perkahwinan kami kelak," tuturnya berseloroh.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment