11 May 2018
"DUIT TAX AKU BAYAR BR1M KAU" - BALAS CHE TA
Barisan selebriti tanah air menerusi laman Instagram masing-masing telah berkongsi gambar Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) sehingga membentuk kerajaan.
Namun begitu, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah terkena tempias apabila berkongsikan rasa gembira tersebut.
Lebih menarik lagi, Che Ta tidak berdiam diri dan membalas komen tersebut yang mungkin juga akaun palsu sebenarnya.
Jawapan yang diberikan Che Ta ternyata memberi tamparan realiti buat haters tersebut dan ia turut membuatkan peminat dan pengikut Che Ta di laman Instagram bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh pelakon wanita tersebut.
Apa pun, inilah perkara biasa yang dilalui apabila berbicara tentang politik di laman sosial. Cemuhan dan kritikan tidak akan berhenti namun terpulang kepada individu untuk ambil peduli atau membiarkan saja perkara negatif berlalu pergi.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment