11 May 2018
LUAR NEGARA MASA UNDI - SAJAT DIPERLI TAKUT JANTINA KANTOI
Semua mengetahui bahawa 9 Mei lalu (Rabu) adalah hari dimana rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.
Diadakan hanya lima tahun sekali, tentunya kali ini kita dikejutkan dengan keputusan yang tidak pernah disangka-disangka dan sudah mendapat barisan kepimpinan yang baru.
Namun, ada juga yang seakan tidak kisah dan mengabaikan tanggungjawab mereka dan lebih mengutamakan hal lain.
Klik untuk gambar besar
Antara mereka yang dikatakan tidak mengundi adalah usahawan kosmetik Nur Sajat apabila beliau dikhabarkan terbang ke Korea Selatan.
Rata-rata netizen mencetuskan spekulasi serta memerli mungkin Sajat sengaja 'membawa diri' dan mengelak untuk membuang undi kerana takut jantina sebenarnya beliau terdedah.
Erm, fikir positif sahaja lah. Siapa tahu usahawan yang mempunyai pelbagai perniagaan ini ada urusan yang lebih penting?
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment