11 May 2018

NIENA BAHARUN UMUM HAMIL ANAK SULUNG


"Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah mencecah tiga bulan dan setakat ini saya tidak mengalami alahan yang teruk.





"Saya juga belum tahu jantina bayi tetapi yang penting, bayi yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya," kata pelakon Niena Baharun, 25, yang mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung selepas mendirikan rumah tangga sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri 'Sayangku Kapten Mukhriz' itu, dia dan suaminya amat bersyukur dengan berita kehamilannya.

Niena juga berkongsi berita kehamilannya itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar imbasan pemeriksaan kandungannya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon itu turut dihujani ucapan tahniah daripada ramai pengikut laman Instagram miliknya termasuk artis tempatan.

Niena dan pasangannya yang juga ahli perniagaan, Aliff Firdaus Abdul Hadim melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari lalu.

Ia disusuli dengan majlis persandingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Niena mahu fokus pada rumah tangga berbanding lakonan selepas berkahwin


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: