11 May 2018
UCAPAN MENYENTUH DIANA BUAT FARID SEMPENA HARI LAHIR KE-37
Pada 5 Mei yang lalu merupakan ulangtahun kelahiran ke-37 Datuk Farid Kamil dan sempena hari istimewa itu, isterinya, Datin Diana Danielle telah memuatnaik status menyentuh perasaan tentang pelakon yang juga pengarah itu di laman Instagram.
Diana, 28, dalam statusnya itu menyifatkan Farid sebagai seorang bapa dan suami yang terbaik buat dirinya dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. br />
Aktres yang juga penyanyi itu turut menyifatkan Farid sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi anak-anak mereka.
"Selamat hari jadi kepada bapa terbaik yang diinginkan oleh mana-mana anak! Saya hargai betapa kasihnya awak terhadap anak-anak kita dan bagaimana awak selalu menjaga mereka - kalau anak jatuh dia lari dulu.
"Refleks pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut. Dia dulu yang panik dan dia dulu yang cepat bertindak," tulisnya yang berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Diana berkata, Farid sebenarnya seorang yang sangat mengasihi anak-anak mereka malah dia mudah tersentuh apabila dia memarahi anak-anaknya sekiranya ada di antara mereka melakukan kesalahan.
Malah kata Diana, sekiranya Farid memarahi Muhammad atau Nur Aurora dia pasti akan rasa bersalah walaupun anak-anaknya tahu mengapa suaminya berbuat demikian.
"Ini adalah rasa kasih yang mampu menyeberangi lautan api dan kerana itu saya sayangkan awak. Awak adalah seorang bapa dan suami yang hebat dan sentiasa menyokong apa yang saya dan anak-anak lakukan.
"Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Semoga kejayaan dan ketenangan hati sentiasa berada di sisi awak," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment