12 May 2018

ADI PUTRA DIGELAR 'LALANG' SOKONG TUN M


Jika anda mengikuti status di laman Instagram Datuk Adi Putra, pasti akan mengetahui yang pelakon kelahiran Singapura yang kini rakyat Malaysia itu menyokong parti Barisan Nasional (BN).





Adi yang sebelum ini pernah berkongsi informasi dia sudah menjadi warganegara Malaysia secara terbuka memilih parti BN. Beliau dilihat aktif menyatakan sokongan dan berkempen untuk beberapa calon BN.

Namun kini Adi menyata sokongannya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

Bagaimanapun tindakan Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37, menerima kecaman netizen yang menyifatkan dia sebagai tidak mempunyai pendirian atau 'lalang'.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'KL Gangster' yang memuatnaik gambar Tun Mahathir pada Khamis itu menerima hampir 600 komen netizen.

"Tahniah @chedetofficial Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke 7, Semoga Terus membina Negara Harapan dan membela agama, bangsa dan tanah air tercinta. Dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Allah Hu Akhbar. Ameen," tulisnya.

Sementara itu, segelintir netizen turut meminta kerajaan baharu di bawah PH itu menyiasat bagaimana aktor berkenaan memiliki kad pengenalan yang mengiktiraf dia sebagai warganegara Malaysia.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: