12 May 2018

ERMA MINTA RAMAI BERUBAH SEIRING KERAJAAN BAHARU


"Kau harapkan kerajaan baharu sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar Bangla sahaja yang buat.





"Apa gunanya kerajaan baharu kalau hidup dan perangai kita masih tak berubah," tulis penerbit dan pengarah Erma Fatima, 50.

Erma menyelar sikap segelintir masyarakat yang terlalu mengharapkan perubahan dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun mereka sendiri tidak mahu berusaha memperbaiki kehidupan.

Menerusi perkongsian yang sama, dia turut meminta, agar orang ramai membantu diri sendiri untuk berubah kepada mentaliti kelas pertama seiring kerajaan baharu yang mereka telah pilih.

"Kau harapkan kerajaan baharu sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar Bangla sahaja yang buat," .

Klik untuk gambar besar


"Apa gunanya kerajaan baharu kalau hidup dan perangai kita masih tak berubah," tulisnya dalam entri berkenaan.

Erma dalam satu posting di Instagram berkata, segala kemudahan yang diberikan tidak berguna jika masyarakat masih lagi mengekalkan mentaliti kelas ketiga.

"Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan BR1M. Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.

"Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam," ujarnya dalam sebuah perkongsian di Instagram pada Jumaat.



Bagaimanapun, catatan di IG pelakon Mak Cun itu merupakan hasil tulisan seorang individu Khairul Abdullah yang menjadi tular di laman Facebook pada Jumaat.

Menerusi perkongsian itu, rakyat tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan ekonomi negara semata-mata.

Kehidupan tidak boleh terus menjadi bahagia seperti diimpikan selepas bertukar kepada kerajaan baharu.

"Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong," ujarnya lagi.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: