12 May 2018

SHUIB & SITI SARAH BAKAL BERPUASA DI TANAH SUCI


Pada 14 Mei ini, pelawak Shuib Sepahtu bersama isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin serta ibunya itu akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah sekaligus berpuasa disana.





Shuib ketika ditemui di majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran itu mengambil kesempatan memohon maaf pada semua atas segala kesilapan, kekhilafan serta kelakuannya selama ini.

Dalam pada itu, Sarah berkata yang dia pernah ke Mekah kira-kira 13 tahun lalu dengan keluarga manakala ini adalah pengalaman pertama untuk Shuib.

"Ketika ke sana dahulu, saya masih terlalu muda dan tidak tahu apa-apa. Kali ini perasaan itu berbeza. Saya agak gementar dan dalam masa yang sama begitu teruja untuk melihat Tanah Suci sekarang. Lebih mengujakan apabila saya dapat pergi bersama-sama suami untuk kali pertama.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Sarah tidak mahu berkongsi doa yang ingin dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah umrah.

"Sudah pasti saya akan mendoakan kesejahteraan semua orang dan keamanan negara kita. Selebihnya, terlalu peribadi untuk saya kongsikan," tuturnya.

Kami mendoakan agar Shuib dan Sarah mendapat umrah yang mabrur dan semoga urusan disana dipermudahkan.












www.myartis.com / Sumber: Hlive & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: