13 May 2018

GGV 2 - FITRI HARIS MUNCUL JUARA, BOLOT RM100K


Pentas akhir program realiti, Gema Gegar Vaganza musim ke-2 (GGV2) yang berlangsung malam semlam telah pun melabuhkan tirainya apabila peserta Fitri Haris diumumkan juara.





Kerja keras Fitri mengerah keringat selama tujuh minggu dan persembahan konsisten yang dipamerkan itu terbayar apabila melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Pada persaingan kemuncak yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Fitri mempamerkan aksi bertenaga menerusi dua tugasan dengan membawakan lagu 'Zinnirah' nyanyian asal UNIC untuk persembahan solo.

Bagi tugasan Battle pula, dia bergandingan dengan Adeep Nahar menerusi lagu 'Al Nuraa' nyanyian asal Mawi dan Hazama.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, naib juara menjadi milik Adeep yang menerima wang tunai RM30,000 dan trofi. Adeep juga memenang anugerah Persembahan Terbaik yang menawarkan RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih.

Tempat ketiga pula dimenangi Awi Rafael yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Untuk tempat keempat yang menawarkan wang tunai RM15,000 dan trofi, tuah berpihak kepada kumpulan Inteam. Selain itu, Inteam turut membawa pulang anugerah sampingan menerusi undian peminat iaitu Gema Star Of The Week.



Manakala pasangan adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi muncul sebagai pemenang kelima dengan menerima RM10,000 serta trofi.

Sementara kumpulan Brothers pula meraih tempat keenam, sekali gus menerima RM5,000 dan trofi.

GGV 2 menampilkan Fakhrul UNIC, Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana sebagai pengacara. Persembahan peserta pada persaingan kemuncak dinilai juri profesional, Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi, manakala Datuk M Nasir sebagai juri jemputan.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: