13 May 2018

ISTERI MAT DAN SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNG, LELAKI


Tahniah kami ucapkan kepada personaliti popular, Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan yang telah selamat menimang cahaya mata sulung iaitu lelaki pada 5 Mei lalu.





Perkara itu dikongsi Mat Dan atau nama Islammya, Kareef Danial yang juga pengacara program, 'Mat Dan Kaki Jala'n di laman Instagramnya, semalam.

"Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.

"Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam catatan yang sama, jejaka kelahiran Bristol, England itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran bayi itu.

Mat Dan dan isterinya diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Majlis perkahwinan pasangan itu diketahui umum selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu tular beberapa jam sebelum mereka disatukan.
















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Mat Dan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: