26 May 2018

ERMA FATIMA AKUI TIADA SIAPA BERANI DEKATINYA


Selepas rumah tangga yang dibina bersama Bade Azmi itu berkecai tahun lalu, pengarah dan pelakon Erma Fatima mengakui dirinya tidak terlintas untuk mencari teman hidup.





Erma yang menyifatkan tiada individu mahu mendekatinya itu tegar melayari hidup sebagai ibu tunggal bersama kelima-lima anaknya.

"Saya sudah tua, tak ada sesiapa yang berani dekat. Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu. Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami. Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati," katanya.

Erma ditemui pada majlis pelancaran aplikasi permainan Mak Cun's Adventures di Restoran Subak, Damansara baru-baru ini.

Untuk rekod, Erma dan Bade berkahwin pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: