06 May 2018
FESYEN 'OREN & POUCH BAG' NEELOFA TERIMA PELBAGAI REAKSI
Sekali lagi fesyen yang digayakan ketika hadir dalam satu acara fesyen oleh pelakon dan pengacara, Noor Neelofa baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Neelofa yang juga usahawan berjaya itu menampilkan gaya fesyen bersama jaket dengan seluar berwarna oren dipadankan dengan turban dan 'pouch bag' besar di pinggang.
Pelbagai komen dilontarkan netizen terhadap gayanya itu yang dimuatnaik gambar menerusi akaun Instagramnya.
Ada netizen yang meluahkan perasaan terkejut, menyamakan fesyen tersebut dengan kartun Naruto versi muslimah, 'wardrobe malfunction', mangsa fesyen.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang mempersoalkan mengapa pemilik bisnes tudung Naelofar Hijab itu sanggup berfesyen sedemikian.
Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji kecantikan Neelofa dengan gaya tersebut selain menyukai dan memahami fesyen yang ditampilkan.
Neelofa sebelum ini menjadi duta untuk satu kempen anti buli mengkritik tindakan netizen yang melemparkan komen negatif di media sosial.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment