06 May 2018
AL-FATIHAH - IBU AKIM KEMBALI KE RAHMATULLAH
Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Akim Ahmad ats pemergian ibu tercintanya, Aminah Bahari, 54, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Berita sedih tersebut dikongsikan oleh penyanyi 'Potert' itu menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberitahu punca kematian ibunya.
"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahiwa inna ilaihi roji'un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin. Ibu tenang ye kat sana, inshaAllah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye...," kata Akim di IG.
Pada Jumaat lalu, suami kepada penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam itu turut meminta pengikutnya di Instagram agar mendoakan kesihatan ibunya.
Klik untuk gambar besar
"Salam Jumaat.... mohon Jumaat penghulu segala hari, dapatlah doakan kesihatan ibu saya Puan Aminah Bte Bahari. Terima kasih untuk doa anda semua. Dipanjatkanlah, doa saya untuk kesihatan kalian juga," tuturnya.
Rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, Hazama, Radin Era, Aweera, Aiman Tino, Marsha Milan dan Along Cham serta peminatnya turut mengucapkan takziah kepada penyanyi itu dan keluarganya.
Selain rakan-rakan selebriti, peminat turut tidak ketinggalan mengutus salam takziah buat Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 27.
Tidak tergambar kesayuan dan kepiluan seorang anak apabila kehilangan ibu tercinta. Semoga Akim dan keluarga tabah menghadapi hari mendatang.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Akim Ahmad IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment