03 May 2018

HADIAH ULANGTAHUN KE-4 - FIZZ & ALMY BAKAL TIMANG ANAK KE-3


Menerusi laman Instagram, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memberitahu berita gembira dinama dirinya dan isteri, Datin Almy Nadia bakal menimang anak ketiga mereka.





Apa yang menarik, berita gembira tersebut adalah hadiah bagi ulangtahun perkahwinan keempat bagi pasangan ini.

"Amin... hadiah ulangtahun perkahwinan yang keempat.. hehehehe.. masin mulut @sheilarazlan hehehe," tulisnya yang memuatnaik alat ujian kehamilan membuktikan isterinya kini berbadan dua.

Sementara itu, diruang komen IG pasangan itu dihujani doa dan ucapan sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Afrina Arianna dan Aurora.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Fizz Fairuz IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: