04 May 2018

TUTUP KOMEN: "SAYANG SUAMI, TAK NAK ORANG MENGATA" - IZREEN


"Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block supaya posting saya tak keluar di timeline mereka.





"Saya sayang suami saya dan saya tak nak orang mengata tentang suami saya. Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ini tapi suami saya tak biasa.

"Saya tak nak orang kecam suami saya," kata pelakon Izreen Azminda yang memberitahu hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen.

Klik untuk gambar besar


Walaupun sering memuatnaik 'posting' sedang bahagia bersama suami tercinta, Ude Wahid, Izreen masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Bukan itu sahaja, alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus 'menghentam' pemuzik bebas itu mengenai kisah silamnya.

Ini yang dinamakan cinta sejati agaknya, risau emosi suami akan terganggu. Bagus Izreen kerana sebolehnya ingin menjaga suami dengan baik daripada setiap sudut.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: