23 May 2018

KELUARGA TAK RESTUI - ERY PUTRA & FARA HEZEL TAK BERHUBUNG LAGI


Mengakui mengambil keputusan membawa haluan sendiri selepas lima bulan menjalin cinta dengan penyanyi Fara Hezel, pelakon dan penyanyi Erry Putra, 40, berkata keputusan itu dilakukan selepas hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga masing-masing.





"Kami ada bergaduh sedikit dan enggan mengeruhkan lagi keadaan, kami ambil pendekatan berdiam diri dan tidak berhubung di antara satu sama lain.

"Buat masa sekarang kami hanya mampu berdiam diri kerana keluarga kedua-dua belah pihak tidak merestui hubungan ini.

"Sebenarnya sejak sebelum puasa lagi kami sudah tidak langsung berhubung dan sekarang ini saya pun tak tahu status hubungan kami," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Erry berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Pelakon yang dikenali menerusi drama 'Manjalara' dan filem 'Bicara Hati' itu memberitahu, beliau mula berkenalan dengan kakak penyanyi Aiman Tino itu ketika sama-sama bermain futsal.

"Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.

"Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: