27 May 2018

RANTAI EMAS & DUIT - TUNKU HANIS KESAL DICURI KETIKA KEMALANGAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Tunku Hanis mengakui kesal apabila ada pihak mengambil kesempatan mencuri barang berharganya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.





Selain luahan kesal, Tunku Hanis telah berkongsi keadaan gambar keretanya yang terlibat dalam kemalangan.

"Pada hari jadi saya 24 Mei lebih kurang pukul 7.10 malam di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk.

"Alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya dan rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya.

Klik untuk gambar besar


"Sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melalukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan.

"Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha. Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.

"Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda," tulisnya.

Rata-rata pengikut laman Instagram telah mendoakan agar Tunku Hanis tabah dengan dugaan yang dihadapi dan cepat sembuh.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: