28 May 2018

VIDEO LUCAH 'SYAFIQ KYLE' TERSEBAR - KINI DIJUAL RM20


Jika beberapa bulan tersebar gambar kemaluan kononnya milik pelakon Zul Ariffin... terkini tular pula video tidak senonoh pelakon drama bersiri 'Nur' iaitu Syafiq Kyle.





Sejak malam Ahad, pengguna Twitter mula membicarakan video berkenaan apabila ia disebarkan menerusi laman sosial itu.

Menerusi video tersebut, terlihat individu mirip Syafiq Kyle melakukan perkongsian sembang video bersama seorang wanita dikenali sebagai Mira.

Ia turut menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak wanita itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Klik untuk gambar besar


Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00

Sementara itu, rata-rata peminat mula meminta penjelasan daripada aktor berkenaan tentang kesahihan video tersebut.



Namun, setakat ini pelakon Syafiq masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut walaupun ruangan komen di Instagram miliknya dan juga Twitter mula dihujani dengan pelbagai persoalan.

Video berkenaan turut memaparkan Syafiq memegang alat sulitnya untuk dipertontonkan kepada wanita berkenaan.

Kami harap ini adalah satu kebetulan sahaja kerana pastinya ramai peminat Syafiq yang kecewa jika pelakon kesayangan mereka berperangai sebegini.

Siapa tahu itu cuma pelanduk dua serupa sahaja ataupun tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mensabotaj Syafiq? Kita tunggu sahaja apa kenyataan dari tuan badan tentang video ini.














www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: