14 May 2018

SANGKAL DIGAM TV3 - SITI HARAP SENI & POLITIK TAK CAMPUR ADUK


Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan Datuk Seri Siti Nurhaliza digam oleh pihak TV3 selepas anak tirinya, Asyraf Khalid mendedahkan.





Dedah Asyraf, penyanyi berusia 39 tahun itu jarang dilihat muncul di stesen televisyen itu kerana pernah menyentuh soal kerajaan terdahulu selain menyatakan sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan beliau disekat atau digam daripada membuat kemunculan di stesen televisyen, TV3 seperti hebat diperkatakan sebelum ini.

Sebaliknya kata Siti, pihak stesen televisyen itu ada menjemputnya untuk membuat kemunculan namun menyifatkan sebagai tiada rezeki kerana undangan itu sering bertindih dengan jadualnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan digam atau disekat untuk muncul di stesen televisyen tersebut seperti yang dikatakan ramai. Tidak ada istilah digam atau sebagainya. Cuma saya jarang muncul sahaja tetapi TV3 tak pernah sekat saya.

"Mereka ada juga jemput untuk hadir membuat kemunculan pada program terbitan mereka namun tak dapat penuhi kerana masa yang tidak sesuai selain jadual bertindih," katanya.

Tambah penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini, beliau berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang mencampur-adukkan soal seni dan politik kerana ia adalah dua perkara berbeza.



Ini kerana baginya, seni itu adalah untuk dinikmati oleh semua orang tanpa mengambil kira fahaman politik dan sebagai penghibur beliau berhak untuk mengadakan persembahan di mana sahaja.

"Situasi menjadi artis ni memang sentiasa diberi perhatian dan ramai yang mengikuti. Tapi kita tak boleh campur aduk seni dan politik.

"Seni untuk semua dan tidak ada politik. Saya menyanyi untuk semua orang, tidak kira kerajaan atau pembangkang. Sesiapa sahaja untuk dihiburkan," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: