21 May 2018

SHAHIR & MIMI DIKATA MASIH BERHUBUNG SEBAGAI KAWAN


Semua mengetahui mengenai bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi dengan wanita yang pernah mencetuskan api kemarahannya tidak lama dulu yang dikenali sebagai Mona Syamimi atau Mimi.





Sebelum ini, gosip antara Shahir dengan Mimi yang didakwa mempunyai hubungan itu menjadi tular Oktober tahun lalu.

Namun dengar cerita dari Cik Pang menerusi Harian Metro, Shahir dengan Mimi dikatakan kini kembali menjadi sahabat.

Menurut sumber Cik Pang, Shahir kini sudah berbaik dengan Mimi dan mereka saling berjumpa dan berhubung menerusi WhatsApp.

Klik untuk gambar besar


Nampaknya sudah tiada dendam selepas Mimi tampil membuat pendedahan mengenai statusnya dengan Shahir sebagai kawan dan bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini.

Diharapkan hubungan baik yang berlangsung ini akan terus berkekalan dan tiada lagi sengketa.

Lama juga rasanya tidak mendengar kahbar dari Shahir yang menyepi selepas menyertai program AF Megastar. Apalah yang dibuat Shahir sekarang. Harap-harap Shahir sihat walafiat dan janganlah 'menyorok' lama-lama.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: