21 May 2018

IZREEN ANGGAP SEMUA YANG BERLAKU KIFARAH HIDUP


Sehingga kini... pelakon Izreen Azminda masih berdepan dengan gelombang kemarahan netizen yang penuh dengan cacian, kritikan dan tomahan terhadapnya yang dikaitkan sebagai punca pergolakkan rumah tangga suaminya, Ude Wahid bersama Intan Liana.





Menurut Izreen, perkara tersebut adalah ujian terbesar dan terberat buat dirinya sepanjang 12 tahun terlibat dalam bidang hiburan.

Buat Izreen, apa yang terjadi sebenarnya adalah balasan buat dirinya dan tidak mustahil ia juga kifarah bagi pihak suami dan Intan Liana yang mungkin pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka sebelum ini.

"Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni... Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.

"Mungkin ini semua kifarah hidup... Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia. Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

Klik untuk gambar besar


"Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

"Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda," kata pelakon Izreen Azminda

"Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni... Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.

Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.

Begitu juga dengan Intan, walaupun tidak lagi bersuami beliau kini semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.



"Begitu juga pihak di sana... Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing... Allah Maha Adil," ujarnya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.

"Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

"Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.



"Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini," tuturnya.

Bukan mudah bagi Izreen dan suami untuk bertahan di sebalik tsunami kemarahan warga laman sosial gara-gara drama perpecahan keluarga Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid sebelum ini.

Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas itu.

Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.

Apa yang pasti, Izreen juga punya matlamat yang sama bergelar wanita setelah berkahwin iaitu menjadi isteri yang baik dan menjaga keharmonian rumahtangga.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: