21 May 2018

"IKUT PERTUNJUK-NYA MENERUSI ISTIKHARAH" - NAZIM OTHMAN


Pelakon Nazim Othman menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik dua keping foto yang didakwa dirakam pada hari dirinya dan bekas isteri, Bella Daly berbincang hati ke hati selama enam jam sebelum mereka memutuskan membawa haluan sendiri.





Melalui catatannya, Nazim memberitahu, foto itu dirakamkan sehari sebelum dia berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memfailkan perceraian.

"Foto ini diambil pada hari kami berkongsi hati ke hati selama enam jam mengenai perpisahan. Perkara ini berlaku sehari sebelum saya 'terbang' ke Kota Kinabalu.

"Gelak tawa, sedih dan sebab musabab semua ini (perceraian), sebaiknya disimpan antara kami saja. Kami menerima takdir perpisahan ini dengan hati terbuka.

Klik untuk gambar besar


"Kami bersetuju tidak menjadikan perkara ini sensasi kepada umum... Kuncinya adalah reda," katanya yang tidak menyatakan tarikh dua keping foto itu dirakamkan.

Rata-rata netizen menganggap foto yang dikongsi secara simbolik membuktikan Nazim dan Bella berpisah secara baik.

Pada 1 Ramadan lalu, Nazim dan Bella mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka sudah bercerai melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Pasangan yang bernikah pada 10 September 2016 ini, bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.



Nazim menambah, dia dan Bella menghargai setiap nasihat dikongsi peminat berhubung perceraian mereka. Pelakon drama bersiri ' Monalisa' itu mengulangi keputusan untuk berpisah cukup sukar dan menyedihkan.

"Namun, pada akhirnya kami mengikut telunjuk-Nya menerusi istikharah. Tapi Allah hanya menguji hamba-Nya yang kuat dan semua itu adalah yang terbaik untuk kami.

"Pada akhirnya juga, Allah sebaik perancang. Kami akur dengan ketentuan ini dan percaya mereka yang di luar sana juga memilih cara sama," tuturnya.

Mereka sebenarnya lebih tahu kenapa ini jalan terbaik buat hidup mereka ketika ini. Kita sebagai orang luar haruslah lebih memahami dan mendoakan yang terbaik untuk kedua dua mereka.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: