20 May 2018

8 FOTO - ELAINE DALY & SUAMI SAMBUT BABY GIRL KEDUA


Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon Elaine Daly dan suaminya, Nick Borden atas kelahiran bayi kedua mereka yang merupakan seorang perempuan.





Difahamkan, bayi kedua pasangan ini yang diberi nama Mia Alice Boden itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Detik kegembiraan itu dikongsikan oleh Elaine yang pernah menjadi Ratu Universe Malaysia 2003 dan suami di laman sosial Instagram masing-masing.

"Saya sangat gembira dan teruja dengan kehadiran anak kedua dalam keluarga kami. Jujurnya, rasa macam tidak percaya dengan kelahirannya.

Klik untuk gambar besar


"Pengalaman kedua ini juga sememangnya cukup indah untuk dikenang. Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan," kata Elaine.

Peminat rata-ratanya teruja dengan kehadiran cahaya mata kedua Elaine dan Nick yang berkahwin pada 4 Disember 2014.

Anak pertama hasil perkahwinan Elaine dengan dengan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan ini bernama, Eva Jean Boden yang kini berusia 3 tahun.



"Eva nampaknya sudah mula membiasakan diri menjadi kakak. Mungkin terlalu awal untuk dia berasakan pengalaman itu, tetapi saya percaya Eva akan menjadi kakak yang baik untuk adiknya," katanya.

Pelakon Wanita Terbaik TV, Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama 'Sybil: Apa Dosaku' itu seperti biasa akan menjalani tempoh berpantang di rumahnya.

"Selama ini, kami hanya ada Eva. Kini, sudah ada dua anak. Saya tidak tahu bagaimana ibu di luar sana, yang mempunyai tiga atau empat anak, mampu menguruskan keluarga.

Namun, saya berharap akan dapat memikul cabaran dan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Pengalaman menjaga Eva juga pastinya sedikit-sebanyak memudahkan saya untuk memikul tugas sebagai ibu buat kali kedua ini," katanya.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Elaine Daly IG & Nick Boden IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: