30 June 2018

ABBY UMUM NAMA ANAK ANGKAT, 'MUHAMMAD DAIYAN FAYYADH'


Menerusi laman Instagram, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi telah memberitahu bahawa beliau memilih nama 'Muhammad Daiyan Fayyadh' untuk angkat lelakinya itu.





Sebelum ini, Abby memaklumkan beliau bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria mengambil anak angkat beberapa hari lalu.

Aktres filem 'Pasrah' ini juga memohon agar peminat serta pengikutnya di laman Instagram mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015. Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.


















www.myartis.com / Sumber: Astro gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: