30 June 2018

MUATNAIK STATUS TANDA TANYA - ARDELL SAKIT KANSER TAHAP 3?


Ada khabar yang agak mengejutkan tentang pelakon cantik dan manis, Ardell Aryana yang kini dikatakan menghidap penyakit kanser tahap 3 selepas rakan karibnya aktor Nadzmi Adhwa memaklumkan perkara tersebut ketika membuat Instagram Live petang kelmarin.





Menerusi video itu, Nadzmi Adhwa memaklumkan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin itu kini sedang sakit dan bakal menjalani rawatan terapi.

Bagaimanapun pelakon drama 'Hati Perempuan' itu tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell. Malah, Nadzmi turut memuatnaik status khas ditujukan buat Ardell.

Beliau berdoa agar teman rapatnya itu kekal tabah dengan segala ujian yang dihadapi selain memberikan komen tentang kesihatan Ardell yang bakal menjalani rawatan terapi nanti.

Klik untuk gambar besar


Muatnaik terakhir Ardell di akaun Instagramnya juga turut menimbulkan tanda-tanya. Ardell ibarat sedang mencari kekuatan untuk menerima sebuah kenyataan yang agak pahit dan tidak dijangkakan.

"Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

"Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.



"Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

"Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

"Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya. aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya #MakCikBawang," tulis Nadzmi seperti yang dilaporkan Sinar Harian.



Memetik laporan Sinar Harian, berdasarkan ruang komen Nadzmi, netizen memberitahu Ardell kini sedang sakit kanser tahap 3.

Difahamkan, Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama 'Namaku Bedah' pada 2015.

Rata-rata netizen tidak putus memberikan kata-kata semangat buat Ardell dan ada yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan.

Sehingga kini, Ardell dan Nadzmi belum memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai berita ini. Apa-apa pun, kami tetap berharap dan berdoa agar beliau tidak berputus asa dan kekal kuat menghadapi dugaan ini.








www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: