30 June 2018

IBU ALIFF SYUKRI UJI SIFAT SHAHIDA SEBELUM JADI MENANTU


"Masa temuduga, staf sumber manusia memberitahu dia (Syahida) adalah model syampu terkenal (saya tak kenal artis sangat)... Saya agak terkejut kerana seorang model yang mempunyai pendapatan banyak boleh bekerja sebagai staf khidmat pelanggan?





"Di sini saya akui saya tidak mahu orang dalam dunia glamor jadi ahli keluarga saya! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasanya yang cantik, sangat baik orangnya.

"Dia tak sombong dan tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model terkenal. Ini sangat mengejutkan saya.

"Saya risik dan intai setiap kali waktu solat dia akan berhenti untuk sembahyang dan sewaktu berenang di kolam dia tetap menjaga auratnya," tulis ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim yang mendedahkan perkara tidak diketahui mengenai menantunya di Instagram.

Rozita mendedahkan dia pernah menguji Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sebelum menerima wanita itu sebagai menantu untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya itu.

Klik untuk gambar besar


Tanpa berselindung, Rozita berkata, dia mengakui tidak mahu orang dalam dunia glamor menjadi ahli keluarganya memandangkan Syahida sebelum ini adalah seorang model dan ahli kumpulan nasyid, Solehah.

Aliff dan Shahida baharu sahaja dikurniakan cahaya mata keempat yang dilahirkan pada 25 Jun lalu.

Pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 ketika usianya baru sahaja 20 tahun dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi yang dilahirkan pada 25 Jun lalu.

Pasangan ini turut mempunyai dua anak angkat iaitu Ameena, sembilan bulan dan Qayyum, tujuh bulan.



Dalam pada itu, Rozita turut memberitahu Shahida pernah menolak cinta Syukri namun yakin wanita itu adalah calon paling sesuai untuk anak kesayangannya itu.

Katanya lagi, sepanjang Syukri menaruh hati padanya, dia masih menguji sejauh mana kekuatan Syukri dan kekuatan jiwa Shahida sama ada memilih anaknya disebabkan harta.

"Saya akui susah hati didik Kri (Syukri). Masa dia remaja, isteri orang, makcik-makcik suka dan sayang dia... untuk elak zina, Ida (Shahida) terbaik untuknya.

"Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis yang tergedik-gedik mengoda orang kaya, ciri-ciri murni padanya ini memang menjadi idaman saya," tulisnya lagi.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: