01 July 2018
HUBUNGAN DENGAN FASHA - AIDIL MOHON DOAKAN YANG BAIK-BAIK
Semua mengetahui mengenai skandal yang menbabitkan aktres Fasha Sandha dengan aktor Aidil Aziz yang kini sedang hangat diperkatakan.
Aidil menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto bersama Fasha serta kapsyen yang meminta peminat mendoakan mereka. Kata-kata tersebut seakan-akan memberikan bayangan tentang skandal mereka itu.
"Doakan yang baik-baik aje," tulisnya ringkas bersama tanda pagar #dontjudgeabookbyitscover," tulisnya.
Bagaimanapun, entri itu mengundang lebih ramai reaksi netizen yang teruja menantikan pasangan itu naik pelamin.
Malah, pelakon Aiman Hakim Ridza turut menyakat 'hubungan' antara Aidil dan Fasha: "Ikat tali kasut je? Bila nak ikat ikatan yang sah?"
Klik untuk gambar besar
Untuk pengetahuan, Fasha dan Aidil mulai rapat apabila disatukan menerusi drama bersiri dan telefilem 'Qalbu' sejak April lalu.
Malah, baru-baru ini juga tular sepotong video yang mendakwa pasangan itu berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).
Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, tiga tahun.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment