01 July 2018

BILA AMENG SPRING DIMINTA NYANYI DALAM PESAWAT


Menerusi laman Instagram, penyanyi Ameng Spring telah diminta oleh pramugara penerbangan tambang murah AirAsia Ameng untuk menghiburkan penumpang dalam pesawat itu.





Video yang dimuatnaik oleh Ameng itu mendapat perhatian peminat-peminatnya yang menyifatkan penyanyi itu sebagai sporting.

Segelintir juga berkata suara Ameng tetap terbaik biarpun hanya menggunakan mikrofon pembesar suara sahaja.

Ameng yang dalam penerbangan ke Sibu pada Sabtu tidak mengecewakan pramugara itu apabila mendendangkan sebuah lagu berjudul 'Sampai Hati' menerusi pembesar suara.

Klik untuk gambar besar


"Pagi tadi KUL-SIBU. Untuk tidak menghampakan permintaan carbin krew AirAsia secara spontan menyanyikan santai-santai je lagu Spring. Maaf atas kekurangan ya dan terima kasih Johan Aziz atas video ini," tulisnya di IGnya.

Menerusi video berkenaan, pramugara yang sedang membuat pengumuman keselamatan itu mengalu-alukan kehadiran vokalis kumpulan Spring itu dalam penerbangan tersebut.

"Saya membesar dengan lagu-lagu beliau, kalau abang izinkan saya nak buat introduction satu lagu dan kalau sumbang abang tampar muka saya. Saya nyanyi permulaan lepas abang sambung ya," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: