06 June 2018

AHLI POLITIK INDONESIA: "DIA MAHU BAWA KE TAHAP SERIUS" - ZULIN


Nampaknya dakwaan peminat yang menyangka Zulin Aziz sedang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya benar apabila pelakon itu megakui dia kini sedang didekati seorang jejaka Indonesia.





Zulin yang juga seorang penyampai radio Suria FM itu memberitahu mereka berkenalan ketika bercuti di negara seberang itu pada tahun lalu.

"Memang benar. Cuma saya tak mahu terlalu galak bercerita. Biarlah dulu, Insya-Allah. Kami hanya kenal begitu saja. Saya tak duga, dia benar-benar mahu membawa perkenalan ini ke tahap yang lebih serius," katanya.

Walaupun Zulin enggan terlalu bercerita mengenainya, tetapi beliau menjelaskan sudah lama dirinya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Cuma katanya, beliau sering diuji dengan hubungan separuh jalan.

"Saya sendiri pun tidak melayannya sangat. Sudah lama saya bersedia ke arah itu (perkahwinan). Cuma sebelum ini, saya sering diuji dengan percintaan yang tak pasti," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut laporan Berita Harian, khabarnya jejaka itu bukan calang-calang orang, sebaliknya ahli politik di republik berkenaan.

Sebelum ini, tindakan Zulin memuatnaik foto gaun perkahwinan serta petikan surah di akaun Instagramnya baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda-tanya.

Ini kerana entri itu seakan menggambarkan dirinya sedang menjalin percintaan dengan seseorang dan mungkin merencana untuk berkahwin.

Semoga jika memang ada jodoh Zulin dengan jejaka itu, tidak akan ke mana. Bertuah Zulin dikejar cowok Indonesia, pastinya ganteng wajahnya kan.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: