06 June 2018

EZLYNN AKUI KINI SEMAKIN KUAT, SUDAH MOVE ON


"Soal masalah rumah tangga yang saya hadapi dahulu, saya enggan mengimbasnya kembali kerana saya sedar, perkara ini sangat sensitif.





"Saya juga tak mahu mengulas lebih-lebih. Biarlah, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kembali menggalas status sebagai wanita solo, saya sibukkan diri dengan kerja.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sudah move on. Semua yang saya hadapi membuatkan saya semakin kuat," ujar penyanyi Ezlynn yang mengakui krisis rumah tangga yang dihadapi olehnya membuatkan dia semakin kuat.

Setahun kisah hitam tersebut berlalu, Elyznn yang popular menerusi lagu 'Hi Hi Bye Bye' itu kini melalui kehidupan dengan lebih tenang.

Klik unbtuk gambar besar


Bakal muncul dengan single terbaru, Ezlynn mencari masa sesuai untuk melancarkan buah tangan terbarunya.

"Alhamdulillah, lagu saya dicipta oleh abang kepada penyanyi Dina Nadzir. Lagu terbabit masih mengekalkan konsep rancak yang sudah menjadi 'signature' saya.

"Saya sedang mencari masa yang sesuai untuk melancarkannya. Kini, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul 30 Juzuk Cinta," katanya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: