06 June 2018

GOSIP DENGAN NABIL AQIL: "TAK MAIN PERMAINAN SEBEGINI" - ELFIRA


Menegaskan enggan terbabit dengan fenomena cinta yang direka sesama pelakon untuk melariskan sesuatu produk, pelakon Elfira Loy menjelaskan selama lebih 10 tahun menjadi artis, dia tidak pernah terjerat dengan kisah cinta lokasi atau cinta yang dirancang.





"Ini kali pertama saya kembali berlakon semula dan terjebak dengan trend yang dibuat-buat. Saya bukan pelakon begitu, saya tak main permainan sebegini dan apa yang telah dia lakukan perlu diperjelaskan.

"Saya sudah pun berpesan pada dia sebelum memuatnaik apa-apa di media sosial, berhati-hati terutama kalau posting gambar berdua.

"Kalau ada komen-komen buruk, padamkan segera. Tetapi saya tidak sangka pula 'kisah cinta' ini berlarutan dan hingga saya menghubunginya sendiri untuk memintanya perbetulkan perkara yang telah viral," katanya.

Klik untuk gambar besar


Elfira yang diminta mengulas isu tular yang mengaitkannya dengan Nabil Aqil itu berkata dia memahami situasi pelakon lelaki itu yang baru menjejakkan kaki dalam dunia seni.

Sebelum ini, Nabil menerusi akaun Instagramnya memuatnaik gambar bersama Elfira bersama emoji hati berwarna hijau. Entri terbabit mengundang telahan netizen yang menganggap pelakon itu kini berpacaran dengan Elfira.

"Orang baru nak merasai pengalaman benda-benda baru, jadi saya tidak salahkan dia. Cuma mungkin ia bukanlah satu reputasi yang baik untuk saya yang sudah lama dalam industri dan saya sendiri tidak melakukan kaedah sedemikian untuk melariskan drama," tambahnya.

Nabil merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2017 dan turut belakon dalam drama Mr. Grey. Dia juga dikatakan mirip pelakon Korea terkenal, Kim Woo-bin.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: