29 June 2018

"ALLAH TAHU SEGALANYA, KESEDERHANAAN DIA BUAT SAYA SELESA - FASHA


"Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa," kata pelakon Fasha Sandha yang mengakui kesederhanaan aktor Aidil Aziz membuatkan dia berasa selesa kerana dia juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.





Fasha menerusi laman Instagram memberi penjelasan aksinya dalam satu video yang didakwa dia bermesra dengan Aidil sebenarnya mereka sedang bersalaman dan bukannya bermesra.

Ujarnya, Allah lebih mengetahui segalanya dan sebagai manusia sukar untuk menilai mahupun menghukum orang lain.

"Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past...

"Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya..

Klik untuk gambar besar


Fasha menyatakan perbuatan individu yang merakam video tersebut secara curi dan menyebarkannya dengan niat untuk mengaibkan orang lain.

"Ya, tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain... tak mengapa, ...

Mengulas lanjut status hubungannya dengan aktor tersebut, Fasha mengakui ramai yang suka dia berkawan dengan lelaki itu.

"Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah 'suami orang' dan bukanlah seorang duda. Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.






www.myartis.com / Sumber: Fasha Sandha IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: