29 June 2018
ALVIN CHONG KECEWA DITANYA BILA NAK SUNAT, TUKAR AGAMA
Sejak menceburkan diri dalam pasaran Melayu, pelakon Alvin Chong mengakui dia berasa amat kecewa dengan mentaliti segelintir peminat yang sering meminta dia bertukar agama.
Alvin, 26, berkata, perkara itu sedikit sebanyak menggores perasaannya yang merupakan pengganut agama Kristian.
"Saya kecewa apabila ada orang yang tidak kenal bertanya atau berjenaka berkaitan agama serta bertanya bila saya ingin menukar agama.
"Perkara seperti ini juga berlaku terhadap orang Melayu yang berhijrah keluar negara, mereka juga turut melalui perkara yang sama iaitu akan ada yang bertanya dan meminta mereka tukar agama. Itu yang saya rasa," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pelakon 'Suri Hati Mr Pilot' itu memberitahu pendekatan untuk menarik dia mengenali agama Islam sepatutnya dilakukan dengan cara yang lebih baik.
"Dia perlu kenal dan jadi kawan saya dahulu. Kenapa masih ada orang bermentaliti begini di Malaysia?
"Mereka tanya bila saya nak sunat (bersunat), bila nak masuk Islam dan bergurau tentang agama. Bagi saya ia terlalu peribadi.
"Saya tidak akan balas mesej-mesej begini kerana ia hanya akan menjadi perkara serius dan sensitif," katanya.
Sementara itu, mengulas kerjaya lakonan, Alvin mengakui pernah menerima tawaran membawa watak lelaki Melayu.
Bagaimanapun, dia terpaksa menolak tawaran tersebut berikutan belum bersedia dan masih belum fasih berbahasa Melayu.
"Ada tawaran yang mahu saya bawa watak lelaki Melayu tapi saya tolak kerana saya rasa tidak bersedia.
"Bahasa Melayu saya masih belum fasih, saya akan minta penulis skrip sama ada dia boleh tukar kepada watak mualaf barulah saya boleh terima," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment