25 June 2018

BILA GURAUAN 'DURIAN' WAK DOYOK JADI 'SERANGAN'


Ikon fesyen, Wak Doyok baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuatnaik foto sedang menikmati buah durian dengan menulis kapsyen berbunyi; "Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita".





Bagaimanapun, kapsyen tersebut telah 'diserang' netizen dan ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut wanita di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan itu bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak sebaliknya sebagai satu gangguan seksual terhadap kaum wanita.

Klik untuk gamabr besar


Antara kritikan netizen; "Ini tak kelakar. Adakah ini normal atau boleh dikira sebagai gangguan seksual? - "Hanya lelaki sebenar sahaja yang tahu menghormati wanita. Sedihnya kapsyen anda".

Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenrnya Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 39, membalas komen-komen negatif netizen dengan menganggap apa yang dilakukannya itu hanya sekadar gurauan.

Sebelum ini, pelakon 'Abang Long Fadil' itu pernah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan meninggalkan komen berunsur lucah kepada pelakon Kilafairy.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: