05 June 2018

BILA WAWA TERIMA HADIAH KERETA MERCEDES DARI SUAMI


Amboi beruntung pelakon wawa Zainal apabila menerima hadiah sebuah kereta mewah, Mercedes C200 yang bernilai sekitar RM250,000 bersempena hari jadi yang ke 27.





Menurut perkongsian di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Aeril zafrel bagi menghargai pengorbanan dan peranan Wawa sebagai isteri selama mereka berkahwin sejak 2012.

Selain memuatnaik gambar, Aeril turut memberikan ucapan yang sangat romantis buat isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Aeril, isterinya seakan tidak percaya kerana beberapa kali bertanya kepadanya tentang hadiah yang ingin diberikan.

Memang terkejut Wawa apabila suaminya itu benar-benar menghadiahkan kereta Mercedes edisi terbaru 2018.

Pengorbanan isteri memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi tidak salah rasanya bagi seorang suami yang mampu menghadiahkan sesuatu yang mahal. Semoga rumah tangga Aeril dan Wawa terus berbahagia.












www.myartis.com / Sumber: Aeril Zafrel IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: