05 June 2018

"MASIH MUDA, TIADA APA DISESALKAN TERMASUK JANDA" - BELLA DALLY


"Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan.





"Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah," kata pelakon Bella Dally yang menyatakan bahawa beliau bukan sekadar berpura pura di laman sosial atau dihadapan orang ramai tentang keadaan dirinya tetapi memang benar beliau sudah sembuh dari isu penceraian.

Bella juga berkata beliau tidak menyesal atas apa yang terjadi selama ini lebih lebih selepas mendapat gelaran janda kerana baginya ianya hanya satu nama selagi wanita itu boleh berdiri atas kaki sendiri.

"Saya masih muda dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang.

Klik untuk gambar besar


"Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain. Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.

"Kita kena yakin dengan qada dan qadar Tuhan dan tidak perlu meratap berlebihan. Memang semua orang akan sedih apabila berlakunya perpisahan, namun kita juga perlu buktikan ia bukanlah satu penamat dalam hidup.

"Sebagai wanita, kita perlu bangkit dan yakin bahawa pasti ada perkara lebih baik untuk menanti di luar sana," ujarnya lagi.



Belum sampai sebulan dari perkhabaran yang beliau kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Bella kekal positif untuk meninggalkan saat duka itu untuk terus melangkah ke hadapan.

Siapa yang tidak sedih sekiranya perkahwinan yang diimpikan untuk kekal ke akhir hayat telah pun berakhir pada usia muda iaitu 27 tahun.

Sesungguhnya sedikit sebanyak penceraian ini pasti mengguris hati Bella. Namun jadikanlah ia satu pengajaran, teladan dan iktibar dalam kehidupan.

Semoga apa yang dipelajari daripada kisah ini akan memandu Bella ke arah kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: