02 June 2018

BUDAK SEKOLAH AJAK 'DATING' - NAZIM AKUI HATI KINI TERKUNCI


"Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila membawa setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan.





"Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar 'dating' dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.

"Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik. Sebaliknya, kecanggihan sedia ada disalah guna dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.

"Sedangkan, sosial media ini kalau digunakan dengan cara baik, pasti memberikan banyak faedah," ujar pelakon Nazim Othman.

Kata Nazim, beliau terkejut dengan tindakan 'berani mati' netizen yang terdiri daripada golongan remaja apabila menghantar gambar seksi berserta mesej pelik di Direct Message (DM) Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Nazim atau sebenarnya Nushrul Alif Othman, 34, berkata sedemikian bagi mengulas status dimuatnaik di Instagram Story semalam.

Dia menyifatkan perbuatan itu membuatkan dia terkedu kerana dilakukan oleh mereka tanpa berfikir panjang apatah lagi dihantar kepada dirinya yang jauh lebih tua.

"Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila membawa setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan.

"Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar 'dating' dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.



"Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik. Sebaliknya, kecanggihan sedia ada disalah guna dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.

"Sedangkan, sosial media ini kalau digunakan dengan cara baik, pasti memberikan banyak faedah," katanya.

Nazim yang juga pelakon drama 'Monalisa' menegaskan dia bukan individu yang mudah termakan pujuk rayu dengan 'melayan' setiap permintaan netizen terutama perkara tidak masuk akal itu.

"Apabila mengetahui saya solo, mereka mungkin ingin mencuba dan menjangka saya akan layan. Namun, mereka silap sebab saya bukan jenis begitu.

"Saya solo, tetapi tidak boleh dimiliki. Hati sudah terkunci dan kunci pula sudah buang ke laut. Jadi, tidak perlu terlalu mencuba. Pergi cuba orang lain yang lebih kacak," tuturnya.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: