02 June 2018

ZAHIRAH MACWILSON KINI PUNYAI 'BUAH HATI' BARU?


Semua mengetahui mengenai hubungan cinta antara Zahirah Macwilson dengan Zul Ariffin yang sudah berahkir beberapa bulan lalu selepas aktor itu mengesahkannya.





Setelah pengumuman putus itu, pelakon 'Tak Ada Cinta Sepertimu' ini mengatakan yang beliau mahu 'move on'.

Baru-baru ini, ada khabar angin bertiup kencang yang mengatakan Zahirah sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula iaitu Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Malah, Nik Iruwan menerusi akaun Instagramnya ada memuatnaik gambar mesra bersama Zahirah ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-33.

Klik untuk gambar besar


Dalam gambar tersebut, Zahirah dilihat menyuapkan makanan ke dalam mulut 'buah hati' baru itu.

Betul ke mereka sedang hangat bercinta? Jika benar, kami harap hubungan Zahirah kali ini lebih indah dan ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Jangan malu-malu kalau sudah ada pengganti, pastinya ramai peminat Zahirah mendoakan yang terbaik buat dirinya.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: