03 June 2018

"HORMATI HAK" - DIRA TETAP BERSAMA UMNO, BERHENTI BERLAKON


"Umno terkubur? Saya akan tetap bersama Umno/BN, saya teruskan juga walaupun sehingga jadi pembangkang yang lama.





"Saya akan setia, pandai atau tidak pilihan itu, saya minta maaf kerana tak boleh nak puas hati semua orang, jadi saya mohon kita hormati hak sesama kita," kata Dira Abu Zahar.

Beliau menjelaskan bahawa dia kini setia dengan parti yang kini sudah bertukar menjadi pembangkang di negara ini iaitu UMNO.

Nama Dira mula menjadi perhatian warga laman sosial bermula dengan tegurannya kepada Fathia Latiff tahun lalu.

Klik untul gambar besar


Tambahnya lagi, dia kini lebih selesa menjalankan perniagaan selain berpolitik dan turut menyatakan bahawa sudah lama berhenti berlakon.

"Saya memang tidak akan berlakon lagi sudah, walau saya tiada 'job' saya tidak kisah sebab tak berlakon lagi, jadi jangan risau dan saya rasa saya lebih selesa apa yang saya buat sekarang (berniaga dan berpolitik).

"Jadi saya harap masyarakat faham... tiada lagi ungkapan bila dah jadi pelakon, kepada anda saya tak akan menyemak di televisyen lagi dan untuk makluman saya sudah berhenti jadi pelakon tiga tahun lalu," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: