23 June 2018
DISOAL KENAPA SEMUA ANAK LELAKI - INI JAWAPAN LINDA RAFAR
"Alhamdulillah saya dikurniakan lima anak lelaki dan seorang berada di Jannah. Ramai yang tanya kenapa semua lelaki?
"Kenapa tidak ada perempuan? Ya Allah macam mana Linda nak jawab pemberian Allah ya? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa dan mengapa?" tulis pelakon Linda Rafar menerusi laman Instagramnya.
Pada status tersebut, Linda menjelaskan dia tidak mempunyai jawapan untuk persoalan pelbagai pihak yang sering mempersoalkan mengenai anak-anaknya yang kesemuanya lelaki.
Tambah Linda, anak-anaknya adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan bukan untuk dipersoalkan. Bagi Linda atau Azlinda Rafar, 40, dia bersyukur dengan segala yang telah diaturkan oleh Allah buatnya.
"Bagi linda semua ini amanah Allah yang perlu dijaga dan disyukuri. Tak perlu persoalkan kenapa lelaki?
Klik untuk gambar besar
"Kenapa tak ada perempuan? Linda tak boleh jawab soalan itu. Bagi saya, bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah aturkan," katanya.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial Linda turut bersetuju dengan kenyataannya dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Untuk makluman, anak lelaki Linda iaitu Memen atau Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014. Allayarham adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Siapakah beliau untuk mempersoalkan rezeki yang sudah ditentukan buat dirinya. Kami harap Linda bersabar.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment