23 June 2018

FOTO DIDUKUNG SUAMI DIKECAM - IZREEN DIKATA TAK JAGA HATI


Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda telah memuatnaik gambar mesra dirinya didukung suami, Ude Wahid menerusi laman Instagram miliknya.





Seperti biasa, gambar tersebut pasti akan mengundang kritikan dan kecaman apabila pelakon 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu kelihatan seronok diperlakukan sedemikian.

Rata-rata netizen yang meluahkan rasa menyampah dengan sikap Izreen yang dikatakan ingin menayang kebahagiaannya dan tidak menjaga hati bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Pada 1 Syawal lalu, Intan sempat kongsikan gambarnya bersama dua anak lelakinya, Arish Muqri dan Ariq Muqri yang menyambut Hari Raya di Muar, Johor di rumah keluarga Intan.

Klik untuk gambar besar


Namun buat Intan tahun ini sangat berbeza sekali kerana ini merupakan kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa suami selepas bercerai dengan pemuzik tersebut pada Mac lalu setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Tidak mudah untuk menggalas gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, Intan ada terasa sebak di dalam hati. Namun, beliau tetap mengukir senyuman disebalik deritanya.

Foto itu telah membuatkan netizen bersimpati dengan nasib Intan yang dilihat tak cukup tangan melayan kerenah dua anaknya. Pada masa yang sama, Izreen pula memuatnaik foto mesra tersebut.

Apa pun, lebih baik jika rasa bahagia dalam rumah tangga menjadi rahsia, agar tidak mengundang sebarang fitnah ataupun membuat hati orang lain tersinggung.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: