19 June 2018
FAZLEY KONGSI BAYINYA DILARANG MASUK TANDAS 'ORANG KAYA'
Menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini, penyanyi dan chef terkenal, Datuk Fazley Yaakob telah berkongsi pengalamannya bersama isteri dan bayi perempuan mereka yang 'dihalang' masuk ke dalam sebuah tandas standard 'premier' di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.
Ujarnya, isterinya berhasrat menggunakan tandas tersebut yang mengenakan bayaran masuk sebanyak RM2 untuk menukar lampin anaknya.
Bagaimanapun, Fazley mendakwa kakitangan yang bertugas menjaga tandas itu tidak membenarkan isteri dan anaknya masuk dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau tahi bayi.
"Kami cuba beri alasan kukuh, bahawa kami akan bayar dan isteri saya siap berjanji akan memasukkan pampers ke dalam plastik yang kami sudah sedia bawa dan akan buang di luar.
Klik untuk gambar besar
"Manager wanita tersebut tetap berkeras dengan bongkak mengatakan 'Pergi ke tandas tingkat 2, Di situ tandas PERCUMA, najis baby bau busuk, nanti customer lain tak nak masuk tandas ni!'," katanya.
Fazley berkongsi ceritanya itu menerusi Instagramnya hari ini dan statusnya itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa selebriti berkenaan.
Tandas premier antara kemudahan yang disediakan pada pengunjung di pusat membeli belah terkenal di ibu kota itu meskipun ada tandas percuma, segelintir pengunjung menggelarkannya sebagai tandas 'orang kaya' kerana mengenakan caj yang mahal.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment