20 June 2018

"KALAU HAQIEM BERHENTI, SAYA PUN" - AS'AD MOTAWH


Semua mengetahui mengenai luahan mengejutkan penyanyi Haqiem Rusli yang memberi pembayang mahu berhenti daripada dunia nyanyian selepas mengalami depresi sejak awal tahun dan ia akan dimaklumkan pada awal Julai nanti.





Susulan kenyataan yang dikeluarkan Haqiem baru-baru ini, penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah sekiranya penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu bersara daripada dunia seni.

Hasrat tersebut diluahkan penyanyi lagu 'Senyum' itu menerusi laman Twitternya. Dalam kenyataan itu juga, As'ad berkata yang dia mahukan pengikutnya menghargai dirinya kerana hasil kerja seni bukannya kerana rupanya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau Haqiem Rusli berhenti menyanyi saya juga akan ikut sama berhenti menyanyi juga. Saya mahukan peminat-peminat saya menghargai saya kerana seni bukan kerana rupa," tambah As'ad.

Bagaimanapun, kenyataan As'ad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menyokong keputusannya.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: