20 June 2018

DITEGUR POST FOTO ANAK BERBIKINI - FASHA TUTUP KOMEN


Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau Che ta sebelum ini pernah ditegur oleh netizen selepas memuatnaik video anaknya, Aaisyah berbikini.





Kali ini giliran pelakon Fasha Sandha pula ditegur dan dimarahi netizen apabila memuatnaik foto anak perempuannya, Putri Raysha Jemaima berbikini.

Berikutan foto yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kurang senang dengan tindakan pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen beranggapan sebagai seorang ibu, pelakon itu tidak sepatutnya memuatnaik foto seksi sedemikian kerana ianya mungkin mengundang bahaya pada anaknya lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia.

Apa pun, sebagai ibu pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak mereka. Diharap isu ini menjadi peringatan buat mereka diluar sana.

Mungkin bagi kita tidak ada yang tidak kena namun berbeza bagi mata-mata yang berada di luar sana.










www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: