20 June 2018

"JARANG MUATNAIK, TAK BERMAKNA KAMI BERDEPAN MASALAH" - FARAWAHIDA


"Dah agak, mesti nak tanya fasal suami kan? Suami saya tidak reti bergambar seperti orang lain dan dia memang lelaki yang pemalu.





"Dia tidak suka mendedahkan dirinya kepada umum," demikian kata penyanyi, Farawahida Razali, 33, yang mengaku suaminya seorang yang pemalu dan lebih selesa berkongsi gambar dirinya sahaja di laman sosial.

Menurutnya, ketiadaan gambar berdua di laman Instagram pula bukanlah bermakna rumah tangga mereka yang dibina sejak Disember 2013 itu berdepan masalah.

Malah, ketika BH Online menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp, penyanyi yang dikenali dengan lagu Tanpamu dan Hilangkan Segalanya itu segera menghantarkan gambar dirinya bersama pasangan, Shukur Mohd Zain.

Klik untuk gambar besar


Menurut Farawahida, bukan dia tidak mahu memuatnaik gambarnya bersama cinta hatinya itu, termasuk pada musim perayaan, seperti dilakukan pasangan suami isteri lain, namun tegasnya Shukur memang pemalu.

"Memang saya jarang memuatnaik gambar kami ke laman sosial. Namun, ia tidak bermakna hubungan kami berdepan masalah.

"Alhamdulillah, saya dan suami masih bahagia seperti selalu," kata wanita peramah ini yang mengizinkan gambar mereka dikongsi.



Tegasnya, bukan tiada langsung gambar dirinya bersama suami dikongsi di laman terbabit, namun kebanyakannya adalah untuk simpanan peribadi.

Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, Farawahida dan Shukur masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sementara itu, menyentuh kerjaya nyanyian, Farawahida yang sebelum ini pernah muncul dengan lagu duet, 'Mengapa Harus Aku', bersama Datin Alyah, berkata bidang seni suara tidak pernah ditinggal


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: