19 June 2018

ELVINA SAHKAN KINI HAMIL ANAK SULUNG


"Yes betul, tahun depan kami akan bertiga. Alhamdulillah, thank you kepada yang mendoakan kami," tulis pelakon muda, Datin Elvina Mohamad yang mengumumkan berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.





Biarpun tidak memberitahu usia sebenar kandungannya, pelakon itu memberikan bayangan bakal bersalin sebelum tibanya Syawal 2019.

Pengumuman itu dibuat terlebih dahulu menerusi akaun Instagram suaminya, Datuk Haniff Borhan yang kini sudah dipadamkan.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan itu dan teruja menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan itu.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, yang popular menerusi drama bersiri 'Cinta Si Wedding Planner' dan 'Shhh... I Love You' itu telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada 18 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: